Wednesday 16 November 2011


Pada 13 Nov yg lepas, Sek Keb. Sungai Kantan telah dijemput oleh Kementerian Pendidikan bagi menyertai pameran bagi kategori Pendidikan Khas Masalah Penglihatan yg berlansung Di MAEPS Serdang. Pada awalnya mama ingatkan pegi untuk melawat pameran, rupa-rupanya Fizhuwan kena dok dekat booth dgn cikgu2 nya. Jab. Pendidikan buat hari Keluarga rupanya.








Alat bantu belajar - kanta




Dekat booth tu,  si Fizhuwan cikgunya suruhla buat beberapa aktiviti mcm main permainan catur, melukis dll. Mcm Fizhuwan dan kawannya Bryan adalh dlm kategori rabun. Dan ada  2 org lagi rakannya memang tak dapat melihat sepenuhnya...

Disamping tu dipamerkan beberapa alat bantuan belajar seperti kanta yg berbagai jenis, mesin brail dan mcm2 lagi. Bagi ku pameran seperti ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan bagi ibubapa yang ada anak istimewa yg menghadapi masalah penglihatan... Cikgu2 nya yang mesra dan peramah sedia membantu anda sekiranya ada sebarang kemusykilan.. Masa tu juga Menteri Pendidkan dan timbalan nya datang berkunjung ke booth mereka... Kludah menteri datang mestila masuk TV. Fizwan tak habis2 tanya lambat lagi ke berita nak start.. sbbnya dia nak tengok muka dia masuk TV. Tepat pukul 8 dah mengadap berita TV3. "Bila muka abang nak klua ni ma? ".. Tunggu punya lama tp nampak masuk sikit aje mukanya ... frust betul dia.








Betul ke jalan nyer tu??
Cikgu Miza Dan Cikgu Bazlin  memberi semangat kepada murid2 nyer
Bryan dan Fizwan ditemani Cikgu Haireyah


abah tengah pakai topeng utk berperan
Sementara nak tunggu Fizwan tu habis sampai tengahhari, mama dan abah fizwan pun round2 la kat dalam dewan tu. Kementerian Pendidikan ni buat hari keluarga but very simple. semua game diorg buat dlm dewan. Semua acara sapa memang terus dapat hadiah. mama dgn abah sempat masuk acara shot bola netball masuk  jaring. Mama pun menunjukan skill yg dah lama terkubur. Dgn sekali shot aje dah masuk dah. Maklumla dulu klu main netball jersi GA tk boleh miss. Abah balik 2 kali baru masuk. Diorg bagi chance 3 kali aje. klu tk, tk dapatla hadiah... Abah Masuk acara menembak guna senapang paint ball tak jatuh lansung card pin dia... Tp makananan nya punyala byk.. sampai tak larat nak makan... kita org balik rumah sampai mlm kenyang lg..(yerker)



Lebih kurang pukul 2 kitaorg pun balik ler. Kami suami isteri klu ada majlis2 gini memang suka pergi sebagai tanda support kami pada sekolah... Terima kasih pada cikgu2 Fizwan terutama cikgu sekolah petang cikgu Bazlin, cikgu Miza dan cikgu Nor yg susah payah mengajar fizwan...TQ so much.


Cikgu2 yang bertanggungjawab dlm mengajar murid2 menghadapi masalah penglihatan di sekolah SK Sungai Kantan

Tuesday 15 November 2011

Mengeteh @ kedai mamak...

Fizwan Dgn sepupunya Iwan
Fizhuwan klu sebut aje ngeteh macam tak tentu arah jdnya... Apa yang seronok sgt pun tak tau...Ketagih sgt dengan teh tarik  bersama roti canai mamak tu.. Tulah bahananya klu dari kecik dah di ajar minum kat kedai.. Masa umur 3-4  thn dulu sblm anta rumah pengasuh, abah dia singgah kedai mamak As- Fallah kat Kuarters KLIA. Abah minum tea tarik aje smbil baca paper. Fizhuwan siap roti canai tak pun roti tisu.. Bila dah sekolah pun sama juga, sblm sampai sekolah singgah minum kedai mamak dulu. kadang2 lewat masuk sekolah. Nasib baik sekolah tadika islam nya tu dekat aje. Mama buat sarapan kat umah pun nak roti canai juga. Tp mama buat tea O jer la. Tak habis dgn pagi, petangnya pun mengeteh juga.. Klu petang atuk punya request pulak.Petang- petang atuk dah siap sedia kat tingkat bawah tunggu abah dgn fizwan balik nak ajak ngeteh.. Tak ikutkan kang ngajuk pulak org tua tu. wlupun penat abah pegi juga tunaikan hasrat 2 bercucu tu.. tp selalunya pagi dan petang mama jarang ikut sbb Fizhuwan siap sound mama " mama tk yah ikut sbb ni hal org lelaki" kurang asam betul..




Tunggu roti canai tak sampai-sampai


Makanya dah pindah ke Kajang pun terbawak-bawak la rutin tu... fizwan-fizwan...  Sekarang nipun sepupu2 dia yg duduk rmh nenek Senah nya dkt pulau Meranti tu pun dah terikut-ikut penyakit mengeteh ni.. Pulak tu pegi ngeteh nya mesti pegi lps pukul 10 mlm.. padahal baru jer lps makan malam. nak juga mengeteh.. teruk-teruk... agaknya dah kena mandrem dgn mamak tu agaknya.








Sedapnya ... lega rasa


Pehh,, Sedap sgt la gamaknya tu.







Monday 17 October 2011

PANDUAN UNTUK MENJADI SUAMI YG BAIK



Aku selalu baca penulisan dari ustaz Azhar Idrus. Ilmu dibawah ini pun aku ambil dr hasil penulisannya. Moga dgn mengabdikan penulisan ustaz dalam blogku ini akan dapat menjd panduan kepada para suami2 sekali termasuk suamiku......
Sebagai isteri tiada apa yg diharapkan melainkan kasih sayang dan kesetiaan si suami. Tidak terlintas difikiran si isteri mahu menyaluti tubuh dengan emas,intan berlian dan dimandikan dengan wang ringgit tp cukup sekadar memberi kebahagian dalam kehidupan rumahtangga dan sentiasa berusaha untuk lebih bagus dari apa yg ada sekarang tanpa membelakangkan agama. Bagi aku biarlah kita sama2 susah dari bawah kerana kesusahan itulah akan mematangkan fikiran dan lebih menyatukan hati kita berdua.


* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.

* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

* Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

* Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.

* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.


Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



20 KEISTIMEWAAN WANITA


Fakta ni aku copy dari hamba Allah yg bernama Asyraf Ahmad. Aku harap dapat menjadi inspirasi bagi diri ku dan semua pembaca yg lain. Terima kasih diucapkan kepada penulis.

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih ku...at daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.


5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.



Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan.

Sunday 16 October 2011

Mandi Sungai Tak Jadi!!!!!!!



Hari Sabtu semalam. lepas makan tengah hari 3 beranak dkt kedai (mama tak sempat masak sebb sibuk berkemas rumah atas bawah) terus terfikir nak pegi mandi sungai.. So lps makan jer abah pun terus drive ke Sg. Tekala. Dari Kajang ke Sungai Tekala tak lah jauh sgt itu yg asal teragak terus pergi...



Nak jadikan cerita masa kita org makan dkt kajang tu cuaca punyala cerah tereng benderang,, tp semakin hampir dgn sungai Tekala tu cuaca semakin mendung... aduhai. Tp kita org teruskan perjalanan juga, manala tau hujan tu dh bergerak ke arah lain....


Emm, seperti yg dijangka ada dlm 6 km lg nak sampai, hujan turun punya la lebat. Punah harapan nak mandi sungai.. Tengokla tu muka Fizwan, Frust giler.. Puas pujuk. " Lain kali kita datang lagi yer, sbb skrg hujan mana ada org berani mandi.
Banyak lagi masa boleh pegi. Bahaya klu mandi waktu2 hujan ataupun lps hujan sekalipun. Sbb kita tak leh nak ramal kejadian akan datang. Teringat kisah 3 beradik yg mati lemas di Ulu Bendul yg masuk berita tu. Tu masa hujan la kejadian tu terjadi. Bagaimana la derita ibu kanak2 tu menghadapi musibah ini. Sekali gus kehilangan 3 anak yg disayangai. Padahal Ulu bendul tu bukannya dalam sangat. Tp klu dah nak kena tiada saper boleh mnghalangnya.

Kitaorg just parking kejap aje kat situ. Abah sempatla beli keropok lekor dan kacang goreng buat kudap2 dlm kereta... Sikit punya jauh ,membeli keropok lekor. Mcm kat Kajang tk ada kepok lekor.



Sebagai pengubat duka lara Fizwan, abah pun bawak dia pegi tempat permainan di Metro Point Kajang. Sukala dia bioleh main game dkt dlm tu.

Tuesday 11 October 2011

***Wahab's Cendol The Best Cendol In Town****

Baru2 ni sblm kami ke Aquaria KLCC tu abah fizwan ajak makan dulu.... "Dalam cuaca panas mcm ni seronok kalau dapat cendol kan bah"... Abah tya"awak nak makan cendol ke?". "nak,nak.. kat mana bah?"..... Abah pun terus bawak kita org pegi satu kedai makan dekat dgn opis dia.. Abah pun parking dpn restoran Wahab's Cendol The Best Cendol In Town... " best sgt ke bah?"..  Lokasi nya dekat Sri Rampai Busisness Park, Wangsa Maju Setapak... (setapak jer tak jauh mana pun)






 
emmm.... sedapnyerrrr..... . nih cendol + jagung rm 2.40

Fizwan klu mengedor tak ada menu lain asyik nasik ayam jer la..masalahnya dia mesti tak abis makan.. balik2 mama yg kena habiskan. so mama pun share jerla dgn dia. Atuk pulak nasi goreng ikan masin (nasib baik darah tak naik) abah mee goreng mamak... tp yg paling best cendol dia la ...perh.... sedap gila.. mama order cendol jagung, abah cendol biasa dan fizwan ABC...  Harga pun tak der la mahai sgt around 2-3 hengget jer. So klu nak rasai kesedapan cendol mai la try kat 
sini...promosi lg nih.
ABC biasa.. fizwan punyer.. manala nak elok selsema. Gerenti cikgu Bazlin dia angin bila taw anak muridnyer mengorder bnda ni.. jwpn Fizwan "ma...cikgu abang kata sesekali tak apa ma"   



Nasi Ayam pun kira sedap juga la... time tengah lapo sume sedap








Monday 10 October 2011

Aquaria KLCC

3 A ..abang, abah & atuk



Dapatla abang dgn atuk berjalan arini..emm syoknya.




Dah lama tak bawak Fizwan jalan2. Kesian kat dia. Dok rumah aje. Klu cuti sekolah tengok TV, main game. Ahad lepas aku pun bodek abahnya, mula2 ajak jalan2 aje. Bawak atuk Fizwan sekali. Kesian kat atuk sbb terperap kat rumah. Sekali sekali nak juga merasa angin kat KL nih. Dah naik kete , abah Fizwan tya " nak pegi mana nih", mama fizwan pun jwb " apakata kita pegi lepak2 kat Tasik Titiwangsa... Kat sana ada taman permainan, mesti Fizwan suka". Abah pun terusla memandu kereta Viva ku menuju ke laluan Bandar Tun Razak KL.. tp dkt tengah highway tetiba ternampak KLCC.. "Bah kita tukar pegi KLCC la nak Bah,... nak tak.? abah kata"emm... yela".. Mcm trpaksa jer mama tengok.. (ooo,, buat muka toyer yer,, siap awak...)


"Fizwannnn, Fizwan nak tengok ikan Jaws tak?"  fizwan pun apalagi, "nak,nak,nak ...mama kita nak tengok ikan jaws kat maner ma?"
Wow, leh pegang ikan Jaws tu.

Mama kata.."ooo... itu kena tya abah.. klu abah kata boleh, baru la boleh pegi..". Abah pun jeling  smbil jwb  "ooo pandai mama engko kena kan abah ekk.". maka abah fizwan pun telah kena paw dengan anaknya. Mama tukang bakor je...
besar gila penyu nih.
Sampai sana, perkara pertama kena cari whelchair utk atuk.. puas cari semuanya hbis. mungkin sbb time weekend ramai org. Last2 sekali guna yg Aquaria punya. Kesian Abah Fizwan kena jalan jauh. Mula2 pegi ambik kat entry aquaria lps tu patahbalik pegi kat atuk. balikpun mcm tu. Klu tak ada whelechair mau semput org tua tu.. 


Seronok la juga masuk kat dalam tu, tp tak leh selalu, mahal sgt harge tiketnyer. Dah sebab kan mahal kitaorg pun  2 kali round dlm terowong tu. Menikmati pemandangan dasar laut sepuas-puasnya la katakan.Takut juga masuk dlm tu, buatnyer cermin kaca tu pecah mcm dlm citer tv tu, barula parah... ikan jaws tu yg bahaya sgt2 tu...kalau jer....

Dlm 1 1/2 jam tengok fizwan pun dah boring so kitaorg pun klua ler dari situ.. Masa nak balik sikit punya lama menunggu lift nak ke parking. Pintu terbuka asyik penuh jer org. mcm dlm tin ikan sadin dak aku tengok. Sampai dkt parking ,, satu hal pulak mencari kereta... tak ingat bubuh kat mana. Masalahnya td naik lift tmpat lain. Ni tu turun pulak tempat lain... klaka betul la.. Nasib baikla abah fizwan jenis penyabar.... Love u B.
TQ b
 
Pak mertua & menantu

Saturday 8 October 2011

Basikal O Basikal


Ini lah basikal cik abg ku.. hari2 membelek basikal. Ada aje nak upgred, katanya bagi lagi ringan, bagi lagi laju, bagi tu bagi nih... emm entahlah. Berbasikal nih hobi baru dia. baru tak baru dah dekat setahun la juga berkayuh. Klu dulu asyik dengan bola,bola,bola.. Mungkin sbb umur pun dah menginjak ke three series ni dah malas nak kejar bola tu dah.. klu dulu tiap petang hilang pegi main bola dekat padang tp skrg berbasikal tak tau sampai mana,, klu nak caripun tak tau dkt mana. Susah jugak tu. Tp tak pe asalkan tau jln balik ke rumah sudahla. kadang2 risau juga dia berbasikal maklumla on the road kan banyak kenderaan. Aku selalu ingatkan dia, hati-hati dan aku doakan selamat sentiasa.


Belek punya belek lagiiiii.

Anak nyer pu sama
Biasanya setiap malam minggu dah jd rutin mingguan dia akan berbasikal bersama group basikalnya PPCyclist di Putra Perdana. Dah sbb event dia mula 9.30 malam so terpaksalah aku dan fizwan tido aje kat rumah makmertua di Pulau Meranti.. Bkn apa takut tinggal br2 kat rumah.. sbb dia pukul 2 pg baru balik. Lg pun si Fizwan sbut aje nak tido rumah nenek dia bukan main excited la apa lg. Sbb kat rumah nenek ada sepupu yg sebaya dgn dia. Klu kat rumah asyik mengadap muka mama dia yg garang nih..

B bersama kwn2 group PP Cyclist


Berkayuh di malam hari sejuk sikit. Lps tu tak byk kenderaan
Aku tak pernah menghalang suamiku berbasikal sbb berbasikal tu kan baik utk kesihatan. Lgpun org yg sakit seperti dia memang digalakkan bersenam selalu.. Standard ler org lelaki klu dah kwin perut naik, mcm suami ku naik juga perutnya wlu tak ketara sgt. Itu yg buat dia lg semangat nak berkayuh..

Untuk kayuhan malam pastikan basikal berlampu. Ciri2 keselamatan amat dititikberatkan.

Sebenarnya aku pun teringin nak join berbasikal tp belum ada basikalnya.. Klu beli basikal yg biasa2 ni dah tentu aku kena tinggal jauh. Basikal diorg yg depa dok naik tu ada yg harga mcm beli sebijik motor pun ada. Barula kayuh naik bukit selamba aje. Dulupun aku tk tau juga pasal basikal ni tp suamiku rajin bercerita. Aku pun layannnn jer ler.....


Gaya atlet dah ada ,,,hahaha Sorry B

Thursday 6 October 2011

Corat-coret ku

Baru2 ni kami buat steamboat.. ingatkan tk cukup tp 
berlebih-lebih..itula namanya rezki.
Sejak bertukar ke HQ ni kerja memangla kurang berbanding tempat kerja lama aku dulu di SKH KLIA.
Sampai time nak balik pun ada ajer lg kerja... tak hbs hari ni sambung lg esok...dan esok...dan esok... dan begitu la seterusnya..

Tp sejak dok di HQ ni tiada lg ganguan deringan telefon, tk perlu lg melayan kerenah pelanggan yg mcm2 ragam. Ada yg marah2, ada yg merayu-rayu,ada yg sampai menangis-nangis dpn aku.. but.... terpaksalah berhadapan dgn itu semua sbb dah tugas kita kan... Wlu kena marah sekalipun jgn tarik muka.. klu boleh senyum,,,senyum dan senyum jer ler.. Budi bahasa budaya kita..  Tp kan.... pengalaman bekerja kat sana org
puteh la paling bersopan santun sekali... ckp pun baik jer... tp yg banyak songeh nak tau org apa??? org M'sia ler.. nak2 org kita.. sabor jer ler..
Sejak dok di HQ ni
 ain pulak ceritanyer...  Dulu layan kerenah pelanggan kuarantin tp sekarang melayan kerenah kawan2... opss bkn kerenah yg tk elok..  Sejak aku ada kat sini diorg suka buat mkn2 pulak... Meja aku dah jd port melepak smbil menjamu selera. so saper yg terasa lapa leh la dtg kat meja aku.. Untuk Event yg besar2 sikit pun kitaorg dah ada port special " Persiaran Laluan Tikus". Tempat nih hanya geng2 tikus kat opis tu je yg tau.. Anyway aku suka buat makan2 nih,, time mcm ni la dpt merapatkan hubungan bersama kwn2.. Diorg nak mkn aper ckp aje,, aku bole tolong masakkan tp budget kena tong-tong la sorang sikit..
Kawan aku yg namanyer nox Liza tupun rajin masak.. pandai dia masak...sedap... Aku pun sebenarnya bukan la pandai sgt masak,, asalkan ada rasa sudahhh..



Ni pulak masa buat mkn2 sambut hari raya. pakat bawak
sorang sikit, lama2 penuh meja, itula muafakat namanya


bersama kawan2